Ehem..jom study sikit sebab-sebab yang membawa kepada sakit belakang.
Orang sekarang tak payah tunggu tua pun dah boleh dapat sakit belakang..
1- Dompet
Terutamanya kepada orang lelaki yg suka meletakkan dompet di poket belakang seluar..
Kenapa? kerana semasa duduk dengan dompet di poket ia akan memberi tekanan "siatic nerve" - saraf yang bermula dari spinal cord hingga ke kaki.
2- Merokok
Merokok mengurangkan aliran oksigen kepada otot anda bekerja. Ini melemahkan belakang dan menjadikan ia lebih mudah tercedera apabila anda melakukan kerja-kerja fizikal.
3 - Kerusi
Errr..kerusi?? Kerusi yang keras & duduk untuk jangka masa yang panjang juga adalah punca sakit belakang! Macam saya :(...
4- Telefon Bimbit
Aikk?? peliksss....
Juga penggunaan yang lama (err..saya rasa yang ni memang betul..sebelum kawin rajin bergayut :) ;) )
menyebabkan tangan dan leher berada dalam kedudukan yang tidak betul menyebabkan tekanan kepada tulang belakang! Malah mereka yang menaip pada satu masa yang panjang juga menyebabkan jari dan pergelangan tangan menjadi sakit...(yeaap..ini juga betul selalunya kalau x sms pun orang yang bekerja depan komputer pun menghadapi sakit pada pergelangan tangan)
5- Driving
Puncanya hampir sama dengan kerusi. Juga pemanduan yang lama menyebabkan kita dalam keadaan yang statik menyebakan badan stress!
5- Beg komputer
Selalunya meraka yang membawa sling bag menggunkan sebelah bahu sahaja menyebabkan ketidak seimbangan badan seterusnya menyebabkan sakit belakang & leher. Berhati-hati juga kepada WANITA yang membawa handbag yang berat! Konsep yang sama juga ya!
7- Flip-flop / Sandal
Ahaaa! menarik! selalu kita dengar high heels sahajakan? Kali ini memang terperanjat kan?
Kerana kasut yang TERLALU ringan sebenarnya ia agak keras dan tanpa kita sedar ia memberikan tekanan kepada tulang belakang kita!
Berhati-hati & Bersama-samalah menjaga kesihatan ya!
sumber : http://www.healthcentral.com
No comments:
Post a Comment