Monday, 27 May 2013

Mengapa Dia yang Kita Cintai...



Sering kali kita ditanya mengapa kita menyintai si dia dan bukan insan lain yang mungkin lebih menghargai diri kita. Mengapa perlu kita menolak cinta lain dan menerima cinta yang satu itu?
Mudah saja…dalam berjuta cinta yang hadir hanya satu mampu kita lihat serasi dengan diri kita. Dalam berjuta cuba mendekati namun yang lebih bersinar itu hanya satu iaitu pujaan hati.
Dalam banyaknya cinta yang hadir pasti ada satu yang menyentuh hati dan mempuat kita cair dan terus menyematkan cintanya di dalam hati dan terus menyimpul kesepakatan untuk berkasih ke akhir nyawa.



Cinta datang dari dua arah, si penmberi dan si penerima. Keduanya perlu sama menyintai dan saling memberi untuk mendapat cinta yuang agung dan kekal ke akhir nyawa.
Dalam ramai yang hadir mengapa kita pilih dia? itu bukan soalan mudah untuk kita jawab tetapi hati kita tidak pernah menipu tentang cinta. Andai hati dapat melihat satu cinta yang tulus dan Allah tautkan kedua hati untuk bercinta maka akan tersimpul lah ikatan dua hati yang saling menyinta dan berkasih kerana Allah dan mencari keredhaan Allah dengan menuju ke gerbang ikatan yang sah .wallahua’lam


--------------------------------------------------------------------

Ahaksss...ini bukan ayat saya ye..x geti nak bermadah & berpuitis macam ni..
terjumpa kt sini masa web-blogging.
Ayatnya cukup simple & tenang untuk diserap ke dalam minda..

Pernah bagi soalan ni kat en.B dan jawapannya lebih kurang sama..
sebab tu tersenyum & tersengih sorang2 lepas baca ayat ni..:)


No comments:

Post a Comment