Monday 10 November 2014

Korset Antikanser!


Kanser payudara, kanser yang paling di geruni oleh setiap wanita. Lebih menrunsingkan selalunya kanser ini hanya dapat di kesan selepas tahap yang serius di mana jalan terakhir adalah dengan membuang tisu payudara tersebut. 


Tahukah anda makanan anti-kanser yang dapat meminimumkan kanser? Namun pengambilannya perlulah di rujuk kepada pakar dahulu supaya tiada kesan terlebih dos .. Jom saya kongsikan sedikit antara makanan anti-kanser


  1. Biji aprikot
  2. Durian belanda
  3. Bawang putih
  4. Epal
  5. Delima
  6. Beri
  7. Brokoli

Faktor keturunan menjadikan seseorang wanita itu mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk menghidap sakit yang sama. Namun, segalanya dari Allah. Kun fayakun...

Di sini saya nak kongsikan sedikit kisah seorang wanita pengguna Premium Beautiful dari Ipoh.


Melalui hasil memogram, beliau didapati menghidap barah payudara. Dalam masa sebulan pemakaian KONSISTEN beliau berjaya "mengahapuskan" sel-sel aktif kanser tersebut. 


Ujian memogram pengguna Premium Beautiful - tisu kembali normal selepas sebulan penggunaan PB

  






Premium Beautiful ibarat "scanner" kepada si pemakai. Antara tindak balas / kesan kepada pemakai :
  • Cecair putih, kelihatan seperti susu keluar tetapi berkerak di hujung cup bra
  • Darah pada nipple
Rasa berdenyut-denyut di sekitar payudara



Segalanya kembali kepada Allah yang memulihkan setiap penyakit. Yang penting kita usahakan semampu yang boleh. 

Kerana dirimu begitu berharga :)

011 1161 2776

Monday 1 September 2014

Milk Blister @ Milk Bleb


"Breastfeed shouldn't be pain"

Maka dengan itu walau seinci sakit ketika menyusukan anak sila periksa dengan teliti breast & nipple ibu-ibu sekalian ya..

Milk Blister atau bleb atau orang tua-tua dulu panggil liang susu tersumbat. Macam mana terjadi?  Boleh google lagi sebab banyak info tentang sakit ini or boleh terus ke www.kellymom.com.. Kat sini anis nak share pengalaman & cara anis "mengubati" sakit ini.

Kellymom ada beritahu cara untuk meredakan kesakitan MAHA melampau ini. Antaranya gunakan sterile jarum untuk korek keluar "nanah" yang menyumbat liang susu. Anis buat sikit-sikit saja sebab tak yakin dengan kebersihan jarum (bakar dengan api).. yela kita tengah sakit   takut pulak kena infection jarum tak pasal dapat sakit lainkan..

Proses men"Google" untuk cari kaedah terbaik tidak di jumpai..sudahnya anis biar saja sakit tu sampai dekat 2 bulan. Boleh bayangkan?  Sakitnya macam daging dihiris-hiris dengan pisau masa anak menyusu... boleh imagine??

Alhamdu Lillah satu hari proses Google sampai ke kemuncaknya bila jumpa posting tentang seorang ibu ada masalah yang sama telah berkongsi klinik ini.. Klinik Kanak-kanak Dr. Koe - dipermudahkan lagi kliniknya terletak di Jalan Klang Lama saja...belakang Plaza OUG.

Dr. Koe ini seorang pakar kanak-kanak juga merangkap Lactation consultant..

Apa yang doc buat? Just cucuk dengan jarum untuk pecahkan blister then keluar darah sikit. Done.

Sakit kena cucuk?  Tak. Sebab sakit dek blister lagi super sakit.. bila dah sembuh sekarang terfikir semula macam mana saya boleh bertahan sakit tu ya?? Hmm...

Subhanallah Maha suci Allah yang memberi kekuatan kepada wanita yang begelar ibu. Kan?

Saturday 29 March 2014

Superb - Testimoni Sendiri



6 bulan selepas bersalin secara normal

Kembali kepada berat asal, seluar lama dah boleh pakai 
*yeaayyy*
Masa mengandung setiap bulan gain weight over the threshold! Tahu sajalah kalau overweight terpaksa monitor blood pressure 3x seminggu dengan ditambah lagi bulan ke 5 kaki dah mula bengkak macam dah 9 bulan! - situasi yang memenatkan ya untuk ulang-alik klinik dan menunggu!


Ok, jom throwback bersama ya ;)


Hari pernikahan 
Slim shaddy ^_^
kan......
Saja nak fefeling vanidah emran dengan aziz desa ;)



Bulan Feb - Bila nurse menulis guna dakwat merah bermaksud ada  perkara yang tak kena. 
*Hahahaha....*
Extra 3.5kg! Kalau ikut fenomena alam biasa patut naik 500g je!



Bulan April - Merah lagi! Tak ada masalah lain. Overweight gain lagi..
6kg babe!!
*pheww...~*

Kaki dah confirm bengkak sangat. Nurse suruh kurangkan pengambilan garam



Ok, rasanya kali ini nurse dah give up nak buat bi-weekly check up blood pressure sebab dah 3 kali round result elok saja tak ada yang merisaukan..
"No need to continue bi-weekly bla..bla (tak faham tulis ape tu..)"

*ngeeee.. *

Merah lagi! 



Bulan Jun dah menghampiri EDD, sedang breakfast di DEMC after check up
Perhatikan HIDUNG! KU tahu hidung ku memang penyek tapi ini kali dah mengembang macam belon! *Oh*
Perhatikan jari-jemariku, cincin dan gelang kahwin dalam bulan ke 6 dah terpaksa buka, tak muat
*ohh..*

Berat 76kg ! *_*






Bulan Julai - 79kg! That's it!

 Tulisan Dr. Norleen comel cemotet je..



Selepas bersalin tak turun banyak 70kg lebih kurang dan pakai premium beautiful on off sebab orang kata breastfeeder mummy senang kurus..

Hari ke 39 berpantang


Hari demi hari timbang-timbang 65kg*_*
Timbang lagi 69kg *_*

Herrrkkkkk! Tak boleh jadi.
kenapa naik pula ni?

Macam mana tak naik bayangkan ibu menyusu badan yang mempunyai nafsu makan yang kuat macam diriku ini memang cepat sangat lapar! Tapi kalau tak makan kepala akan berpusing terutama sekali lepas sesi mengepam! harus MAKAN!

Keluar KALORI masuk KALORI
macam mana nak lost weight macam ni?

So mula saja bekerja semula saya terus pakai konsisten!
Akibat keselesaan melampau pernah balik dari kerja shift malam balik rumah terus sambung tidur ber-PB lebih dari 12jam ya dear :)


Timbang..timbang...
*hoyeaahhhh!**

59kg timbangan bulan lepas *senyum*

anyshanur





Akhir kata, 
Saya meme pueh hati *hahaha..*
Ya, saya rekomen untuk ibu berpantang dengan Premium Beautiful Korset dan terus memakai untuk mantain berat badan ideal.

Bukan senang nak kurus semula selepas bersalin terutama sekali jika anda mempunyai kuasa dan nafsu makan yang sukar di kawal, kerap lapar dan suka MAKAN!!

Tapi dengan PREMIUM BEAUTIFUL anda boleh terus menikmati MAKANAN-MAKANAN anda sambil maintain berat badan secara sihat.

Bukan nak kurus semata-mata untuk cantik tapi lebih kepada kesihatan sebenarnya.

Next post saya akan share kenapa saya TERPAKSA lost weight DIPAKSA kurus!
:))



Untuk consultation boleh hubungi saya di 011 1161 2776 :)
FREE fitting saja
mmuuaahhh..mmuuaahhhh
:))

Friday 21 March 2014

Shampu kutu!



Kutu!

Arghh...risau sangat kalau terkena jangkitan kutu ni kan. Kutu ni senang sangat nak merebak. Last few month ada anak kawan anis terkena jangkitan kutu masa di nurseru tak pasal-pasal berjangkit pada mak dia pula. Kalau dulu orang-orang tua guna sikat kutu untuk tarik kutu keluar daru rambut. Maka berpinar juling la mata mencari kutu kat kepala. Hehehehe...


Tapi sekarang dengan Shampu Marine Essence a.k.a shampu hijau tak perlu nak bertenggek kat tepi pintu bahana serangan kutu ni! Shampukan saja rambut dengan shampu ni 3 hari insya Allah clear!! Shampu ni free SLE free paraben jadi selamat untuk kanak-kanak ye.



Harga tak mahal mampu milik sebotol RM33 3 botol RM100 saja..

Yang berminat nak cuba boleh hubungi Anis ya 011 11612776. .dadada...:))

Thursday 13 March 2014

Premium Beautiful & Maharani - ikhtiar cahaya mata


Anak?
Isu sensitif bagi mereka yang sudah berumah tangga. Anak merupakan kurniaan terindah dimana manusia hanya mampu berusaha untuk mendapatkan kurniaan tersebut.. dapat atau tidak kita kembali kepada Sang Pemberi Rezeki bak kata guru saya
"Tanam benih siram air tu kerja kita yanga selebihnya kita serah pada Tuhan"
Kali ini Anis nak berkongsi tentang Herba Maharani dan PB korset dalam ikhtiar mendapatkan zuriat.
Antara sebab utama wanita sukar hamil :
● kitaran haid tidak teratur, kerap senggugut atau senggugut melampau
● otot rahim yang tidak kuat
● hormon tidak seimbang (lebihan berat badan boleh menjadi tanda @ punca )














Bagaimana Herba Maharani membantu ?
● menguatkan otot-otot rahim
● membantu masalah kitaran haid yang tidak normal, masalah senggugut dan keputihan
● merangsang penghasilan hormon estrogen dan progesteron serta melancarkan peredaran darah




Apa pula kaitan dan peranan PB ?
● mengembalikan kedudukan rahim - jika melihat semula post ' cara mencegah rahim jatuh' pemakaian girdle sangat membantu dalam menangani masalah ini. Malah doktor juga ada menyatakan ibu yang baru lepas bersalin sebaik-baiknya perlu memakai bengkung (korset/girdle) selama 6 bulan untuk benar-benar memastikan rahim kembali ke tempat asal. Apabila sudah berada ke tempat asal insya Allah rahim dah bersedia untuk menerima proses persenyawaan nanti :)
● F.I.R - seperti yang sudah maklum FIR di dalam urat-urat benang membantu melancarkan peredaran darah secara optimum seterusnya menstabilkan hormon kita  dan yang paling penting ia juga membantu menurunkan berat badan dalam keadaan rehat










Soalan wajib - HALAL kah?
Herba Maharani - Te Zhi Bai Feng Wan adalah keluaran dari Beijing dan telah pun mendapat pengesahan halal dari Pertubuhan China Islamic Association yang merupakan salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Cara pengambilan herba ini sangat penting bukan main redah sahaja ya..Jadi untuk segala maklumat lanjut berkaitan produk ini boleh hubungi Anis segera ya!
Insya Allah usaha doa tawakal yakin pasti ada hasilnya nanti... :)







Thursday 6 March 2014

Kekasih Abadi - Lisa ft Yusry



Wow! Seriously she got a very nice voice! P
Pernah dengar lagu ini beberapa kali tapi tak tahu pemilik suara wanita ini adalah Lisa Surihani.
Try google video klip rasmi lagu ni tapi tak jumpa, maybe tak keluar lagi kot.. share video orang lain buat tapi ada perubahahan tatabahasa sikit pada lirik yang anis bagi ni ye ..


Nah lirik lagu Kekasih  Abadi by this lovely couple.
Enjoy..~


Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh
[Chorus]
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
PadaNya setiaku berjanji
Kekasih Abadi
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi
[Chorus]
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi



p/s : tetiba ahkak rasa nak pergi karok dengan encik abam nyanyi lagu ni.
shuwiitttt tak..?? ngeehehehe <3 <3 <3

Wednesday 5 March 2014

Oh...resignation letter!

Nightmare! !
Pernah jumpa tak rakan sepekerjaan korang hantar surat berhenti kerja versi budak sekolah zaman millenium??

Ini bukan fresh graduated
Ini bukan budak praktikal
Ini cerita benar berlaku di ofis saya

T_T

Nak resign bukan perkara kecil
Ini urusan rasmi
Perlukan surat hitam putih

Apa yang berlaku di ofis?
Macam ni la (saya ilustrasikan semula guna apps)

Tujuan kupasan ringkas ini bukan untuk mengutuk apatah lagi mengeji
Tapi kesal
Dimanakah logik akal fikiran seorang graduan itu?
 

Paling mudah kalau tak tahu nak letak ayat apa silalah adik-adik, kakak, abang "GOOGLE". Beribu contoh ayat yang sesuai yang proper untuk berhenti kerja secara hormat ok ;))



Monday 3 March 2014

Go-Getters 2014 | Beautiful Circe

Seminar Go-Getters 2014 telah jayanya berlangsung di Hotel Grand Bluewave Shah Alam pada 1 Mac 2014 yang lepas. Seminar khas buat Glampreneurs memang meriah sangat sebab makanan kat sini memang sedap!! Dan yang paling best sebab founder GLAM pun datang jenguk kami! Tu tak kira lagi dengan ilmu dan motivasi dari CDM Naa Kamaruddin dan CDM Mursyida! Memang berapi...! ;))

Apa yang best sepanjang buat bisnes dengan GLAM ini kami memang di ajar semua perkara; macam mana nak buat sales, macam mana nak master produk, dan sebagainya. Dari sekecil-kecil perkara seperti cara pemilihan tajuk posting di blog hinggalah sebesar-besar isu pasti akan ditunjuk ajar. Dan yang pasti kami tidak pernah di ajar untuk 'tee-down' produk lain! It's a big no-no for us in GLAM ya!

Sebelah petang agak meriah sikit sebab kami ada slot team building al-maklumlah perut baru lepas di isi kalau duduk dengar talk lg pasti ramai yang mengangguk faham di alam lain! Hehehhe...oh pemenang dapat hadiah tau lumayan juga dengar khabarnya..

Di akhir slot tu kami menerima kunjungan VIP kami iaitu CDM Hanis Haizi dan pasangan CDM Razali Zain. Masa MC nak umumkan ketibaan VIP ni rasa berdebar-debar! Seriously! Pelik bin ajaib walhal ini bukan kali pertama jumpa mereka. Memang terasa sangat aura kental aura semangat aura positif mereka! Mana taknya mereka baru saja sampai dari Rome hari Jumaat lepas, malamnya mereka ke kelas mingguan GLAM hari Sabtu mereka masih mampu berdiri dengan kami di sini! Wajah penuh ceria dan semangat takda langsung muka penat or jet legged! Walhal boleh je kalau mereka kata nak masa untuk rehat kan? Logiknya mereka dah ada kat 'atas' tahap tertinggi dalam business Hai-o ni buat apa mereka nak penat-penat susah payah bagi talk kt kami kan? Tapi tak untuk mereka sebab rasa 'tanggungjawab' terhadap protege mereka sangat tebal! Sebab tu mereka tak pernah goyang kaki walaupun dah ada di kemuncak..renung-renungkanlah ;))

P/s : I was not in the pic during photoshoot session was in rushed 'baju dah basah' hahhaha overflow sebab dah lebih masa utk pam (-_-')

Saturday 15 February 2014

Susu merudum! Apa nak buat?


Hi to all breastfeeding mummy!
Well, this topic specifically written for mummies but yeah non-mummies (what on earth - non-mummies?? ) pun boleh je baca untuk hiburan.

Langit tak selalu cerah. Bila selalu sangat cerah kita cepat lupa diri..
Well..memang dah perasan kalau cuti tak follow jadual pam mesti ada drop sedikit kuantiti susunya.. Ok, fine I just shut the eyes...ignorance!

But this time.. it was a big shot for me! The milk supply was drop! Drop a lot! Too much! Too much!!
Paling terkesan bila Adam direct feeding waktu malam mengamuk-ngamuk susu tak keluar..
Felt wanna crying out loud! (teringat macam mana stressnya bila pam susu tak keluar-keluar masa berpantang dulu)

But..!! Takkan nak nangis lagi? Nangis bukan boleh buat susu jadi lagi banyak pun. So bermula perjuangan mencari ilmu - cara meningkatkan susu badan. Dalam banyak-banyak cerita satu cara yang paling terbukti ramai orang buat berkesan TAPI memerlukan kesabaran!


POWER PUMPING - that's it!!

Keep feeding the baby pun penting juga. Tapi kalau every time feeding baby ngamuk-ngamuk susu lambat keluar memang tak la dia nak hisap selalukan.. Since this week is the night shift session, I take this advantage untuk buat Power pumping (thanks a lot to my team mate yang super understanding - semua lelaki pulak tu..nasibla terpaksa juga beritahu cerita sebenar).

Masa terbaik untuk power pumping - pagi hening sebelum subuh antara 3pagi-6pagi masa tu hormon susu tengah banyak :)


NATURAL SUPPLEMENT

Sebelum ini memang ada minum Fenugreek Mama Milkmaid tea..tapi kalau selalu minum rasa nak muntah pun ada.. :P
So, I opt for another option which is much more tastier :


  1. Sup lobak putih - kena tahu cara masak yang sedap, tumis dengan bawang, halia, ikan bilis or udang kering. Silakan nikmati sup yang enak itu! 
  2. Halba - 1 sudu kecil halba cuci bersih, rendam selama 5 minit dalam air yang baru lepas mendidih, tambah sedikit madu - nyummmeaahh! much better dari Milkmaid tea..hehhehe
  3. Habbatus Sauda - ini memang amalan saya sebelum pregnant lagi. tak tahu pula makanan sunnah ni pun boleh tambah susu. Alhamdu Lillah berkat makanan sunnah + niat menyusukan baby kerana Allah ya ;)
Alhamdu Lillah! 2days for PP + makanan tambahan dah berjaya nampak perubahan. Hasil "perahan" dah naik semula macam biasa. Mak lega sangat ya anak-anak :)


Pesanan khidmat masyarakat :

PP ambil masa untuk nampak hasil mungkin 2,3 hari mungkin seminggu, hasil tak sama untuk setiap individu. So keep pumping ya! Mind setting - minda yang tenang dan positif sangat penting juga untuk penghasilan semula susu ni. Berdoa dan yakin insya Allah pasti ada hasilnya :)

Friday 7 February 2014

Arjuna Beta by Fynn Jamal - I'm touched

Almost hari-hari dengar kat office kat rumah sambil pam susu..
Terlalu menyentuh naluri seorang ibu
Ke aku je yang halus sgt perasaanya?
Entah..yang pasti susah nak dapat lagu macam ni sekarang ni
Seakan seorang ibu meninggalkan wasiat berupa pesanan..
Ye dak? 



Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tau mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda





Ke sini untuk official videonya








  

Anak kerap sakit walaupun minum susu ibu - Keep Fighting

Last few days mama bawa Adam jumpa paed di DEMC kebetulan mama dia pun nak buat check up jugak. Adam dah batuk dan selsema almost a month..

Perjumpaan dengan paed melegakan hatiku..tetapi sehingga hari ini masih kuat lagi butir-butir kata paed tersebut...

"Always bear in mind  if prolonged cough it is about allergy"

"Any family history lelah, asma?"
Yes doc..

"Kekabu, karpet, soft toys, tilam busuk, bantal busuk, habuk..pastikan your baby jauh dari benda-benda ni"

"Paru-paru baby clear..he is lucky.. he is strong because he still breastfeeding...."
Is it doc??
(Oh..rasa nak menitis air mata *_* kenapa tetiba nak menangis pula?? keep reading ok..:) )

Masya Allah..mama silap sbb selama ni duk fikir susu mama tak cukup zat sebab Adam asyik sakit je..boleh kata hampir setiap bulan mesti ada je kalau tak demam, selsema atau batuk. Tapi lepas dengar  statement doc tu terus menguatkan lagi semangat mama utk berjuang susukan hingga Adam 2 tahun..

Bila flash back 6 bulan lepas boleh kata 2, 3 kali jugak Adam pergi klinik just because of batuk & kahak yg banyak. Ubat Adam je berbotol-botol dah kat rumah. Saya yakin ibu mana yang tak risau bila tengok anak kita asik sakit even breastfeeding kan? Mesti terfikir "susu aku ni tak bagus ke..susu aku tercemar ke..susu aku takde zat ke..kata susu ibu susu terbaik tapi kenapa anak asik sakit..?"
Kan?
Konflik dalam ibu yg menyusukan anak *_*
So..my dear mummy, ibu, umi, mama...
PLEASE. .PLEASE. ..PLEASE bear in mind no other milk can replace the value of BREAST MILK!
Walaupun kita sakit kita masih boleh susukan anak kita! (Unless ada consultation dari doctor tapi kena tgk jgk doctor tu boleh 'pakai' ke tak *grinned*)

Zaman sekarang ni terlalu banyak 'racun' yang diberi kepada kita & anak kita. Apa lagi perlindungan yang kita ada yang kita nak bagi kat anak kita? Inilah..satu-satunya harta emas utk our litte one - BREAST MILK

My breastfeeding journey masih jauh..
Kalau dulu saya doa lepas solat agar diperbanyakkan susu sekarang dah ditambah "Ya Allah aku mohon agar susu ku dibanyak & dikekalkan hingga anakku 2thn. Berikan aku kekuatan & permudahkan jalanku agar aku dapat  menunaikan tuntutan syariat Mu ya Allah"

Ok..rasa sebak pulak (feeling sendiri pulak aku ni..hahaha)

Ada masalah susu kurang?
Usaha - cari ilmu, cari supplemen ( sila baca sebagai "natural supplement")
Berdoalah! Doa bahasa sendiri senang padat & ringkas. Doa seorang ibu kan mustajab??? **senyum**

P/s : Untuk semua perkara tentang penyusuan boleh join grup Kump. Ibu2 Menyusukan.Dua-dua grup kena apply nak join masuk. Boleh tinggalkan nama FB kat sini kalau admin tak approve lg ye ;)

Sunday 26 January 2014

What is GLAM

GLAM sana..
GLAM sini..

Apa tu GLAM?
Dulu sebelum join selalu jugak tgk kawan duk post GLAM...GLAM...so kita ingat ada kaitan dengan glamourous and so on ke kan.....

GLAM sebenarnya stands for Green Leaders Academy Malaysia. Pioneer for Green Leaders Academy yang lain. GLAM baru sahaja ditubuhkan oleh gandingan mantap pasangan suami isteri Hanis Haizi & Razali Zain. Fokus teknik pemasaran GLAM adalah lebih kepada online dan GLAM juga adalah pioneer kepada business online marketing di Malaysia

GLAM juga kini mempunyai kelas sendiri di TTDI Kuala Lumpur. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat jam 8-11mlm secara PERCUMA! Ya..percuma! Di sinilah kami di ajar cara berniaga mengikut konsep

Hijabista, Nona, inTrend, Bella TV, Bella Award, Berita Harian adalah antara paparan media massa  yang diperoleh oleh GLAM.

GLAM sudah pun melangkaui satu Malaysia dah telah mampu bertapak di peringkat Antarabangsa! So..tunggu apa lagi? Let's be part of the journey! Heading towards to 6 figures income with the business!

Untuk maklumat lanjut boleh call anis ye
011 11612776
0127006109


Saturday 25 January 2014

Premium Beautiful for Charity

Hi readers!

Kali ni anis nak buat kempen charity untuk pembeli full sets Premium Beautiful ini.

Bermula hari ini 25hb Jan hingga akhir bulan Februari 2014 RM100 akan dihadiahkan kepada pusat jagaan kanak-kanak atau anak-anak yatim di seluruh negara.

Details penerima sumbangan tersebut anis  akan share kepada pembeli sahaja..

In sha Allah semoga sama-sama kita beroleh manfaat. Sambil membeli sambil memberi ya ;))

Kurangkan Risiko Kanser Prostat dengan Kopi


Tahukah anda Kanser Prostat merupakan pembunuh nombor DUA penyakit kanser di US?
Hasil kajian American Cancer Society, 1 dari 6 orang lelaki di US dikhuatiri penghidap Kanser Prostat!


Kajian daripada Harvard School mengatakan kopi mengandungi unsur antioksida yang mampu menurunkan kadar risiko penyakit kanser ini.


Selain dari itu kajian mereka juga mendapati kopi turut mengurangkan risiko Parkinson, diabetis jenis 2 dan kanser hati!

Menarikkan?

Dah alang-alang mengetahui kebaikan minum kopi ni apakata kita minum Mineral Kopi pula.
Kenapa Mineral Kopi? Kenapa bukan kopi lain?

sebab kandungan GARAM BULUH dalam kopi ini yang membuat ia unik dan menambahkan lagi kebaikan kopi ni!


kebaikan garam buluh


Pelik garam dalam kopi? Apa ya rasanya?

jangan risau rasanya lemak-lemak manis!
Berminat nak cuba?



Angkat telefon tekan je no 011 1161 2776 :))

Friday 24 January 2014

Gigi pertama Adam!


Hai! Hai! Hai!
Lama sungguh nak update blog cik kak nih. Mana taknya by the time nak hapdet je Adam dah merengek nangis. Sekarang ni kalau tidur sorang kejap-kejap dah bangun tapi kalau tidur sekali dengan mama nya haaa....berjam-jam macam orang tua tidur hokey!


Post kali ni nak share tentang gigi susu baby.
Satu hari pulang dari ofis saya dikejutkan dengan berita gigi Adam dah mula nak keluar!
*Suprise*
Gila tak terkejut Adam baru nak masuk 5 bulan hokey!
Awal kan?

Tapi tak sebenarnya..memang normal sebab kalau kita cek balik sebenarnya gigi baby dah terbentuk semasa dia dalam perut lagi *smileeee*

Maklumat lanjut perihal gigi susu bayi boleh baca kat sini 


macam shomel jew..macam shomwl jew...





Mama! Gigi saya dah keluar dah ni haa get ready la mama...!
*_*





Well...our sweety candy now dah 6month ++ and guess what??

Another 2 batang gigi kacip belah atas pulak coming soooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn........!


Whooooahhhaaaa................*chill*

Tuesday 14 January 2014

Majlis Akikah Adam


Alhamdu Lillah hari Ahad yang lepas lengkap sudah majlis akikah anakanda Ahmad Adam Faris.
Seekor dulu buat masa majlis di JB seekor lagi selesai kat Puchong.

Majlis bermula dengan bacaan Doa selamat, Tahlil diikuti dengan selawat, berzanji & marhaban.

Nak kata buat kecil-kecilan tak juga sebab pak mentua pasang 3 khemah depan ghumah dengan jemputan seramai 400 orang lebih kurang.

Ala-ala majlis nikah secara kecil-kecilan pun ada...

Tapi malangnya lupa pulak nak amik gambar-gambar menarik masa majlis tu!
 Dush-dush-dush *tumbuk hidung sendiri*
Hahahha..yela sibuk duk usung anak ke sana ke mari! :)




Pandai sangat Adam pegangkan? Nak tunjuk minat membaca ke sayang ku... :))
Masa ini dah penutup majlis berzanji tengah berselawat sebelum Adam selamat zzzZZzzz.....


Friday 10 January 2014

Kesilapan Ibu Bapa Mengabaikan Tangisan Bayi


Hi Mummy & Daddy!

Oh kenapa pulak mukaddimah kali ni panggil mummy & daddy je?
Sebab post kali ni khas saya post or boleh kata re-post sebab saya jumpa this artikel dalam facebook.
Saya nak baca artikel ni berkali-kali so saya pastekan dalam blog coz kalau post kat fb nanti susah nk cari balik :))
Kali pertama baca memang menggigil badan baca sebab ya saya mengaku saya bersalah pada Adam!

Mengabaikan tangisan bayi dengan mengganggap itu perkara biasa bagi seorang bayi!
Oh no! Sebenarnya tangisan bayi itu memberi maksud yang berlainan kalau kita benar-benar prihatin dan bukan nangis semata-mata lapar nak susu juga ya!

So mummy & daddy, please take some time to read this up.
This gonna be a LONG article but too worth to be taken for granted!




PERIHAL TANGISAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK ANAK


Hari ini ramai ibu bapa menjadi tenggelam punca untuk menundukkan anak-anak mereka agar mendengar arahan. Anak-anak suka berkeliaran tanpa kawalan dan sukar ditegah untuk melakukan apa sahaja sesuka hati walaupun sewaktu bertamu di rumah orang. Lebih sedih lagi ada ibu bapa yang tidak langsung berusaha mencegah anak-anak ‘mengusik’ dengan sesuka hati apa sahaja yang ada di rumah yang diziarahi. Anak-anak dibiarkan melompat-lompat di atas kerusi, memanjat meja, mengusik kereta dan apa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Sewaktu kita kecil dahulu, ibu bapa sangat menitikberatkan disiplin kita apabila ada tetamu bertandang. Pantang sekali bagi orang tua dahulu melihat anak menyibuk ketika mereka melayani tetamu. Hari ini banyak kes anak yang meramas buah dan makanan yang disajikan ibu bapa untuk tetamu sehingga tetamu jadi serba salah. Malang sekali kerana ia berlaku depan ibu bapa sendiri tanpa sebarang usaha mencegah dan mendisiplinkan mereka. Tetamu pun berbasa basi dengan kata-kata biarlahhhh… budak-budak tahu apa? Ermmmm…

Setiap hari kami didatangi oleh berbagai-bagai tetamu atas pelbagai urusan. Ramai juga yang bertanya apakah rahsia RPWP dapat menundukkan anak-anak jagaan tatkala terlihat mereka mula menunjukkan tabiat yang kurang elok itu. Hanya dengan satu jelingan, satu tanda ‘psttt… ‘ anak-anak sudah faham dan berhenti serta merta. Demikian yang diluahkan oleh para tetamu yang memerhati dengan matahati yang tajam.

Ingin kami kongsikan bahawa asnaf yang diserahkan kepada kami bukanlah yang asalnya baik-baik belaka. Di kalangan kami juga ada banyak belang dan parut dalam sejarah kekeluargaan yang berbagai rupa. Ramai suami isteri yang tidak sefaham, sering bertelagah dan bercakaran. Ramai anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat yang buruk, degil, tidak berdisiplin, tidak menyahut panggilan, tidak datang bila dipanggil, pemalas dan sebagainya. Kami cuba berfikiran positif dan menjadikan segalanya satu asbab untuk saling mengkaji dan membuat pembaikan.


AJARLAH ANAK SEJAK HARI PERTAMA KELAHIRANNYA


Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Bagaimana kita harus menggunakan sepenuhnya sensitiviti deria pendengaran dan pengelihatan untuk mendidik anak sejak hari pertama kelahirannya.

Perhatikan Surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, agar kamu bersyukur”.

Banyak kes anak yang tidak pekak dan bisu tetapi tidak pandai bercakap seolah-olah mereka bisu, hanya kerana dilahir dan dibesarkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu. Banyak kes anak yang cukup sifat namun lebih teruk dari orang cacat, pemalas dan tiada kreativiti sama sekali. Ini kerana pendengaran dan pengelihatan mereka tidak didedahkan untuk bekerja, menjadi rajin dan kreatif walaupun ibu bapa mereka rajin. Apatahlagi jika ibu bapa sendiri memang jenis pemalas atau pengotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa proses pembelajaran dan pembentukan akhlak anak sudah bermula dari hari pertama kelahirannya. Tumpuan harus dilakukan khasnya dalam tahun pertama dan ke dua usia bayi itu. Inilah tahap awal yang kritikal di mana kita harus memperkenalkan diri kepada si bayi bahawa kita adalah pengatur mereka yang bertanggungjawab dan prihatin. Tunjukkan yang kita ingin mendidik mereka untuk menjadi anak yang bertanggungjawab dan peka.

Sewaktu bayi lahir, deria mata tidak berfungsi dengan baik lagi. Yang ada adalah deria rasa dan pendengaran. Bayi tidak boleh bertutur melainkan hanya berkomunikasi melalui bahasa tangisan dan gerak tubuh. Inilah tahap di mana kita harus meneliti dan menghalusi setiap respon yang ditunjukkan dalam bahasa tubuh dan tangisan bayi terhadap kita. Dengan itu kita mampu mengenali bayi kita dengan baik.

Al-Baqarah Ayat 146

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami telah berikan mereka)
الكتب (Al Kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenal/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka)
وإن (dan sesungguhnya mereka)
فريقا (segolongan)
منهم (dari mereka)
ليكتمون (sungguh mereka menyembunyikan)
الحق (kebenaran)
وهم (dan mereka)
يعلمون (mereka mengetahui)

Al-An'am Ayat 20

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami berikan kepada mereka)
الكتب (Al-kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenalnya/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka sendiri)
الذين (orang-orang yang)
خسروا (merugikan)
أنفسهم (diri mereka)
فهم (maka mereka)
لا (tidak)
يؤمنون (beriman)

Kata kunci yang ingin kami kongsikan dari ayat ayat di atas ialah AL-KITAB (yang merujuk kepada satu KETETAPAN) dan ARIF (sangat KENAL). Ingin kami mengajak pembaca memerhatikan juga mengapa kedua-dua ayat yang membawa mesej yang lebih kurang serupa ini diletakkan di SURAH HAIWAN, iaitu al-BAQARAH (sapi betina) dan al-AN’AM (binatang ternak).

Ringkasnya jika kita membela anak dengan tabiat haiwan, maka kita akan melupakan elimen pendidikan dan tarbiah sepanjang kita memelihara anak-anak kita. Kita hanya mementingkan makan minum dan menjadikan anak kita besar panjang sahaja. Namun pembangunan minda dan akhlak anak-anak kita akan terabai.


MENGENALI ANAK MELALUI TANGISAN DAN GERAK BADAN


Hasil kajian dan pengalaman kami terhadap subjek menunjukkan ramai ibu bapa yang kurang sensitif terhadap tangisan anak. Ramai yang sudah melahir dan membesarkan sehingga 8 orang anak masih tidak mampu mengenali bentuk tangisan anak sendiri. Kami rujuk pula perihal tangisan anak ini kepada fakta quran, sunnah dan sains

Inilah seni dalam memelihara anak yang tidak begitu ditekankan dengan penuh minat oleh para ibu bapa. Akhirnya kesemua anak-anak mereka membesar dalam pemeliharaan yang sebanding dengan haiwan ternak sahaja, atau mudahnya mereka tidak lebih dari menternak anak. Tiada unsur pendidikan yang diterapkan dengan teliti semasa memelihara anak itu.

Terlalu panjang jika ingin kami tuliskan jenis tangisan dan gerak tubuh anak di sini. InsyaAllah akan kami huraikan secara khusus pada siri parenting tips khas nanti. Cukuplah jika kami katakan ada banyak yang perlu diperhatikan terhadap bentuk tangisan dan gerak tubuh bayi ini ketika ia berumur 1-4 bulan, 4 bulan hingga setahun, 1-2 tahun dan seterusnya.

Antara contoh yang kita harus kenali ialah,

• Bagaimana bentuk, intonasi dan nada tangisan? Merengek? menjerit? selang seli? berterusan? Terkawal atau luar kawalan seperti sawan?
• Apakah iringan gerak tubuh waktu menangis? Menggeliat, menggaru kepala, menggosok mata, meronta-ronta?
• Apakah tanda lain atau perubahan pada tubuh mereka semasa bayi menangis? Contohnya kembung, kejang, badan jadi panas, mata jadi merah dan sebagainya.
• Anda juga harus tahu bila terakhir anak anda diberi susu atau makan? Bila terakhir anak anda buang air dan dibersihkan?
• Bila masanya anak anda tumbuh gigi?
• Adakah anda sendiri merasa panas dan rimas sehingga mungkin anak anda juga ikut merasa panas dan tidak selesa?
• Bagaimana mengenal tangisan mengada-ngada? Adakah air mata yang keluar semasa anak menangis?
• dan banyak lagi tanda-tanda.


KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Inilah yang menjadi penekanan dalam isu yang ingin kami ketengahkan. Hasil kajian kami menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak kreatif dalam mengenal tangisan dan gerak tubuh bayi mereka, biarpun sudah ramai melahir dan membesarkan anak.

Sebelum anak mampu berkata-kata dan menggunakan komunikasi melalui kalam, ia belajar melalui alam. Tangisan dan jeritan anak adalah 'Universal Language', satu-satunya cara mereka menyampaikan mesej kepada ibu bapa. Secepat mana kita menyahut seruan atau doa mereka melalui tangisan itulah yang akan mendidik mereka untuk menyahut seruan dan panggilan kita secepat itu juga kemudian nanti. Itulah pendidikan awal yang sangat berbentuk alami bagi mereka. Tindakbalas kita sedang mengajar mereka tanpa kita sedar.

Kami menetapkan di RPWP jika boleh kita didik bayi kita dengan menyahut panggilan mereka melalui tangisan itu dengan kadar segera. Sebaiknya jangan sampai melebihi 10 saat. Rasakanlah kekesalan dan berdosa yang mendalam jika kita tidak dapat hadirkan diri untuk menenangkan anak yang diamanahkan kepada kita itu melebihi 30 saat setelah mendengar tangisannya.

Pada peringkat awal tangisan itu, anak masih dalam keadaan tenang dan sedar. Tangisan hanyalah merupakan bahasa mereka sahaja. Namun apabila anda gagal menghadirkan diri, maka intensiti tangisan itu akan bertambah. Akhirnya anda akan dapati anak anda akan seolah-olah marah kepada anda. Waktu ini minda anak akan jadi bercelaru, sangat beremosi dan penuh dendam. Inilah punca penyakit hati yang mula anda tanamkan ke jiwa mereka tanpa sedar.

Para saintis sepakat merumus bahawa habit membiarkan bayi menangis yang berpanjangan tanpa rawatan akan menyebabkan bayi mengalami berbagai bentuk tekanan (stress). Ini juga menjadi antara punca terhasilnya habitat anak yang dungu, degil, emosional, pemarah dan sebagainya. 
Hormon stress yang dipanggil cortisol ini boleh terhasil dan terhimpun di otak bayi. Ia boleh merosak dan membantutkan pembangunan struktur penting otak mereka. Membiarkan anak terus menerus menangis juga akan merosak sistem saraf bayi. Ia boleh menjadikan mereka terlalu sensitif dan mudah mengalami trauma hanya dengan cabaran yang kecil. Ia juga memberi kesan yang besar kepada kemampuan anak untuk menerima maklumat pembelajaran dan berdarah gemuruh (nervous).

Kesan dari segi kesihatan pula akan menjadikan bayi ini anak yang mudah stress. Peningkatan tekanan darah dan nadi akan menyebabkan ketidak-stabilan bekalan oksigen, nutrisi, hormon dan antibodi dalam darah. Ini secara langsung menyebabkan anak menjadi kurang daya tahan dan mudah berpenyakit. Bahkan saintis telah menetapkan bahawa ia boleh memberikan kesan yang berat terhadap penyakit otak yang dipanggil ‘meningitis’. Mungkin ada kes terpencil yang tidak menepati ketetapan ini dan terserah samada kita mahu perjudikan nasib anak kita atau mahu mengikuti ketetapan dan petunjuk yang ada.


KESIMPULAN

Hasil kajian kami menunjukkan sesetengah ibu sengaja membiarkan anak mereka menangis begitu lama. Mungkin mereka sedang masak, membasuh, bergayut di talian atau bermuka buku. Mereka tidak sedar kesan dan bahaya yang terlalu parah dari segi kesihatan rohani dan jasmani yang bersifat kekal pada anak itu. SANG SUAMI yang sedar akan keadaan itu juga seperti tidak merasa bimbang dan tidak menegur isteri untuk berbuat sewajarnya terhadap anak mereka.

Nabi s.a.w. telah menyarankan, “belajarlah dari buaian sampai ke liang lahad”. Kelalaian kita menangani panggilan dan seruan bayi melalui tangisan mereka itu telah mengajar anak menjadi orang yang juga tidak bersegera apabila dipanggil, jadi bodoh, pemberontak dan degil. Sebaliknya, kita pula yang terpaksa mengikuti kehendak anak sebegini apabila ia besar nanti.

Demikianlah juga bagaimana Isa a.s. selaku nabi yang hebat telah dikisahkan mampu berbicara sejak dalam buaian lagi. Malangnya kita sebagai ibu bapa Islam ini tidak ada ilmu pengetahuan dalam mengenal bahasa universal anak itu lalu ianya berlalu menjadi satu pembaziran yang amat merugikan anak kita. Apa yang kita selalu rungutkan ialah tangisan itu memberi kesan negetif terhadap persekitaran, terhadap emosi jiran dan ibu bapa yang menjadi stress akibat tangisan anak. Kita tidak langsung fikir kesan negatif terhadap anak itu sendiri.

Ironinya, ibu yang jahil ini tidak mendapat pendidikan dan pembetulan yang penuh siyyasah dari para suami kerana mereka selaku abal hakam dalam keluarga juga jahil. Ramai suami yang membiarkan sahaja sang isteri berkelakuan yang ‘tidak wajar sebagai isteri’ tanpa teguran. Akhirnya isteri membentuk tabiat liar dan lagho. Isteri begini kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap anak, iaitu tidak sensitif dengan seruan bayinya. Isteri akhirnya terkontang-kanting mengendalikan segalanya dalam penuh kebingungan dan kesukaran. Maka terhasillah generasi anak-anak yang liar dan berkeliaran.

Kami ada terlalu banyak bukti. Anak-anak darjah 3-5 masih tidak kenal huruf, tidak pandai berbicara dan mengurus diri. Anak tingkatan 1- 4, yang baru kematian ayah setahun lalu tapi menjadi begitu dan begini. Sebenarnya semua itu sudah lama berlaku, semasa si ayah masih ada. Inilah hakikat anak yang yatim sebelum yatimnya. Oleh itu, mari kita pelihara anak kita dengan teliti, penuh minat dan kasih sayang seperti keluarga manusia. Jangan biarkan anak kita membesar sepertimana haiwan yang diternak untuk diherdik setelah kita tiada.

Kudap kudap
WARGA PRIHATIN