Showing posts with label girdle. Show all posts
Showing posts with label girdle. Show all posts

Tuesday 18 June 2013

Tips Mencegah Rahim Jatuh


Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim adalah keadaan di mana rahim / peranakan seseorang wanita itu tidak berada di tempat yang sebenarnya iaitu di dalam tulang pelvis yang disokong oleh otot jaringan dan ligamen.


Prolaps rahim peringkat serius

Kehamilan atau proses melahirkan anak akan menyebabkan otot-otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah, menyebabkan ia jatuh dan jika di peringkat serius ia akan terkeluar dari saluran faraj! 


Kita selalu mendengar orang-orang tua berkata "orang perempuan tak elok angkat barang berat-berat, nanti peranakan jatuh" betul tak? Ehemm.saya pun dulu selalu dengar tapi sering ambil enteng saja. Lagi-lagi masa time universiti dulu jenis berdikari angkat beg-beg baju & kotak-kotak buku yang maha berat! Dan memang ada benarnya kata orang-orang tua ini! Jangan degil ye!!


'Masalah kekenduran organ reproduksi ini akan menyebabkan wanita terbabit sukar mengawal kencing, terutama apabila batuk, bersin atau sebarang perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa atau ketika hendak berdiri selepas sujud sewaktu solat.

Air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Keadaan ini mengganggu tugas harian dan kehidupan wanita terbabit.

“Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan akan berlaku akibat pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko menghidap kanser serviks (barah pangkal rahim)'


Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Rozihan Ismail 



Apakah pula langkah pencegahan untuk penyakit ini?

Jom kita semak (sumber Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil )

1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

2. Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit 
kronik.Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. 

4. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

5. Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

6. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

7. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi


Refer semula no. 5 tu ya..penggunaan girdle yang sesuai tetapi bukan yang ketat! Ingat ye!

Girdle Premium Beautiful sememangnya selamat dan selesa untuk digunakan, selain membantu menyokong rahim, ia juga mampu mengecutkan rahim dan membantu membuang air bisa dari rahim (menggantikan proses bertangas). Kelebihan PB corset untuk wanita berpantang boleh klik disini.


Feel it
Try it
Test it
for FREE!

011 1161 2776