Showing posts with label razali zain. Show all posts
Showing posts with label razali zain. Show all posts

Monday 3 March 2014

Go-Getters 2014 | Beautiful Circe

Seminar Go-Getters 2014 telah jayanya berlangsung di Hotel Grand Bluewave Shah Alam pada 1 Mac 2014 yang lepas. Seminar khas buat Glampreneurs memang meriah sangat sebab makanan kat sini memang sedap!! Dan yang paling best sebab founder GLAM pun datang jenguk kami! Tu tak kira lagi dengan ilmu dan motivasi dari CDM Naa Kamaruddin dan CDM Mursyida! Memang berapi...! ;))

Apa yang best sepanjang buat bisnes dengan GLAM ini kami memang di ajar semua perkara; macam mana nak buat sales, macam mana nak master produk, dan sebagainya. Dari sekecil-kecil perkara seperti cara pemilihan tajuk posting di blog hinggalah sebesar-besar isu pasti akan ditunjuk ajar. Dan yang pasti kami tidak pernah di ajar untuk 'tee-down' produk lain! It's a big no-no for us in GLAM ya!

Sebelah petang agak meriah sikit sebab kami ada slot team building al-maklumlah perut baru lepas di isi kalau duduk dengar talk lg pasti ramai yang mengangguk faham di alam lain! Hehehhe...oh pemenang dapat hadiah tau lumayan juga dengar khabarnya..

Di akhir slot tu kami menerima kunjungan VIP kami iaitu CDM Hanis Haizi dan pasangan CDM Razali Zain. Masa MC nak umumkan ketibaan VIP ni rasa berdebar-debar! Seriously! Pelik bin ajaib walhal ini bukan kali pertama jumpa mereka. Memang terasa sangat aura kental aura semangat aura positif mereka! Mana taknya mereka baru saja sampai dari Rome hari Jumaat lepas, malamnya mereka ke kelas mingguan GLAM hari Sabtu mereka masih mampu berdiri dengan kami di sini! Wajah penuh ceria dan semangat takda langsung muka penat or jet legged! Walhal boleh je kalau mereka kata nak masa untuk rehat kan? Logiknya mereka dah ada kat 'atas' tahap tertinggi dalam business Hai-o ni buat apa mereka nak penat-penat susah payah bagi talk kt kami kan? Tapi tak untuk mereka sebab rasa 'tanggungjawab' terhadap protege mereka sangat tebal! Sebab tu mereka tak pernah goyang kaki walaupun dah ada di kemuncak..renung-renungkanlah ;))

P/s : I was not in the pic during photoshoot session was in rushed 'baju dah basah' hahhaha overflow sebab dah lebih masa utk pam (-_-')