Showing posts with label power pumping. Show all posts
Showing posts with label power pumping. Show all posts

Saturday 15 February 2014

Susu merudum! Apa nak buat?


Hi to all breastfeeding mummy!
Well, this topic specifically written for mummies but yeah non-mummies (what on earth - non-mummies?? ) pun boleh je baca untuk hiburan.

Langit tak selalu cerah. Bila selalu sangat cerah kita cepat lupa diri..
Well..memang dah perasan kalau cuti tak follow jadual pam mesti ada drop sedikit kuantiti susunya.. Ok, fine I just shut the eyes...ignorance!

But this time.. it was a big shot for me! The milk supply was drop! Drop a lot! Too much! Too much!!
Paling terkesan bila Adam direct feeding waktu malam mengamuk-ngamuk susu tak keluar..
Felt wanna crying out loud! (teringat macam mana stressnya bila pam susu tak keluar-keluar masa berpantang dulu)

But..!! Takkan nak nangis lagi? Nangis bukan boleh buat susu jadi lagi banyak pun. So bermula perjuangan mencari ilmu - cara meningkatkan susu badan. Dalam banyak-banyak cerita satu cara yang paling terbukti ramai orang buat berkesan TAPI memerlukan kesabaran!


POWER PUMPING - that's it!!

Keep feeding the baby pun penting juga. Tapi kalau every time feeding baby ngamuk-ngamuk susu lambat keluar memang tak la dia nak hisap selalukan.. Since this week is the night shift session, I take this advantage untuk buat Power pumping (thanks a lot to my team mate yang super understanding - semua lelaki pulak tu..nasibla terpaksa juga beritahu cerita sebenar).

Masa terbaik untuk power pumping - pagi hening sebelum subuh antara 3pagi-6pagi masa tu hormon susu tengah banyak :)


NATURAL SUPPLEMENT

Sebelum ini memang ada minum Fenugreek Mama Milkmaid tea..tapi kalau selalu minum rasa nak muntah pun ada.. :P
So, I opt for another option which is much more tastier :


  1. Sup lobak putih - kena tahu cara masak yang sedap, tumis dengan bawang, halia, ikan bilis or udang kering. Silakan nikmati sup yang enak itu! 
  2. Halba - 1 sudu kecil halba cuci bersih, rendam selama 5 minit dalam air yang baru lepas mendidih, tambah sedikit madu - nyummmeaahh! much better dari Milkmaid tea..hehhehe
  3. Habbatus Sauda - ini memang amalan saya sebelum pregnant lagi. tak tahu pula makanan sunnah ni pun boleh tambah susu. Alhamdu Lillah berkat makanan sunnah + niat menyusukan baby kerana Allah ya ;)
Alhamdu Lillah! 2days for PP + makanan tambahan dah berjaya nampak perubahan. Hasil "perahan" dah naik semula macam biasa. Mak lega sangat ya anak-anak :)


Pesanan khidmat masyarakat :

PP ambil masa untuk nampak hasil mungkin 2,3 hari mungkin seminggu, hasil tak sama untuk setiap individu. So keep pumping ya! Mind setting - minda yang tenang dan positif sangat penting juga untuk penghasilan semula susu ni. Berdoa dan yakin insya Allah pasti ada hasilnya :)