Thursday 13 March 2014

Premium Beautiful & Maharani - ikhtiar cahaya mata


Anak?
Isu sensitif bagi mereka yang sudah berumah tangga. Anak merupakan kurniaan terindah dimana manusia hanya mampu berusaha untuk mendapatkan kurniaan tersebut.. dapat atau tidak kita kembali kepada Sang Pemberi Rezeki bak kata guru saya
"Tanam benih siram air tu kerja kita yanga selebihnya kita serah pada Tuhan"
Kali ini Anis nak berkongsi tentang Herba Maharani dan PB korset dalam ikhtiar mendapatkan zuriat.
Antara sebab utama wanita sukar hamil :
● kitaran haid tidak teratur, kerap senggugut atau senggugut melampau
● otot rahim yang tidak kuat
● hormon tidak seimbang (lebihan berat badan boleh menjadi tanda @ punca )














Bagaimana Herba Maharani membantu ?
● menguatkan otot-otot rahim
● membantu masalah kitaran haid yang tidak normal, masalah senggugut dan keputihan
● merangsang penghasilan hormon estrogen dan progesteron serta melancarkan peredaran darah




Apa pula kaitan dan peranan PB ?
● mengembalikan kedudukan rahim - jika melihat semula post ' cara mencegah rahim jatuh' pemakaian girdle sangat membantu dalam menangani masalah ini. Malah doktor juga ada menyatakan ibu yang baru lepas bersalin sebaik-baiknya perlu memakai bengkung (korset/girdle) selama 6 bulan untuk benar-benar memastikan rahim kembali ke tempat asal. Apabila sudah berada ke tempat asal insya Allah rahim dah bersedia untuk menerima proses persenyawaan nanti :)
● F.I.R - seperti yang sudah maklum FIR di dalam urat-urat benang membantu melancarkan peredaran darah secara optimum seterusnya menstabilkan hormon kita  dan yang paling penting ia juga membantu menurunkan berat badan dalam keadaan rehat










Soalan wajib - HALAL kah?
Herba Maharani - Te Zhi Bai Feng Wan adalah keluaran dari Beijing dan telah pun mendapat pengesahan halal dari Pertubuhan China Islamic Association yang merupakan salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Cara pengambilan herba ini sangat penting bukan main redah sahaja ya..Jadi untuk segala maklumat lanjut berkaitan produk ini boleh hubungi Anis segera ya!
Insya Allah usaha doa tawakal yakin pasti ada hasilnya nanti... :)







Thursday 6 March 2014

Kekasih Abadi - Lisa ft Yusry



Wow! Seriously she got a very nice voice! P
Pernah dengar lagu ini beberapa kali tapi tak tahu pemilik suara wanita ini adalah Lisa Surihani.
Try google video klip rasmi lagu ni tapi tak jumpa, maybe tak keluar lagi kot.. share video orang lain buat tapi ada perubahahan tatabahasa sikit pada lirik yang anis bagi ni ye ..


Nah lirik lagu Kekasih  Abadi by this lovely couple.
Enjoy..~


Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh
[Chorus]
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
PadaNya setiaku berjanji
Kekasih Abadi
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi
[Chorus]
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi



p/s : tetiba ahkak rasa nak pergi karok dengan encik abam nyanyi lagu ni.
shuwiitttt tak..?? ngeehehehe <3 <3 <3

Wednesday 5 March 2014

Oh...resignation letter!

Nightmare! !
Pernah jumpa tak rakan sepekerjaan korang hantar surat berhenti kerja versi budak sekolah zaman millenium??

Ini bukan fresh graduated
Ini bukan budak praktikal
Ini cerita benar berlaku di ofis saya

T_T

Nak resign bukan perkara kecil
Ini urusan rasmi
Perlukan surat hitam putih

Apa yang berlaku di ofis?
Macam ni la (saya ilustrasikan semula guna apps)

Tujuan kupasan ringkas ini bukan untuk mengutuk apatah lagi mengeji
Tapi kesal
Dimanakah logik akal fikiran seorang graduan itu?
 

Paling mudah kalau tak tahu nak letak ayat apa silalah adik-adik, kakak, abang "GOOGLE". Beribu contoh ayat yang sesuai yang proper untuk berhenti kerja secara hormat ok ;))



Monday 3 March 2014

Go-Getters 2014 | Beautiful Circe

Seminar Go-Getters 2014 telah jayanya berlangsung di Hotel Grand Bluewave Shah Alam pada 1 Mac 2014 yang lepas. Seminar khas buat Glampreneurs memang meriah sangat sebab makanan kat sini memang sedap!! Dan yang paling best sebab founder GLAM pun datang jenguk kami! Tu tak kira lagi dengan ilmu dan motivasi dari CDM Naa Kamaruddin dan CDM Mursyida! Memang berapi...! ;))

Apa yang best sepanjang buat bisnes dengan GLAM ini kami memang di ajar semua perkara; macam mana nak buat sales, macam mana nak master produk, dan sebagainya. Dari sekecil-kecil perkara seperti cara pemilihan tajuk posting di blog hinggalah sebesar-besar isu pasti akan ditunjuk ajar. Dan yang pasti kami tidak pernah di ajar untuk 'tee-down' produk lain! It's a big no-no for us in GLAM ya!

Sebelah petang agak meriah sikit sebab kami ada slot team building al-maklumlah perut baru lepas di isi kalau duduk dengar talk lg pasti ramai yang mengangguk faham di alam lain! Hehehhe...oh pemenang dapat hadiah tau lumayan juga dengar khabarnya..

Di akhir slot tu kami menerima kunjungan VIP kami iaitu CDM Hanis Haizi dan pasangan CDM Razali Zain. Masa MC nak umumkan ketibaan VIP ni rasa berdebar-debar! Seriously! Pelik bin ajaib walhal ini bukan kali pertama jumpa mereka. Memang terasa sangat aura kental aura semangat aura positif mereka! Mana taknya mereka baru saja sampai dari Rome hari Jumaat lepas, malamnya mereka ke kelas mingguan GLAM hari Sabtu mereka masih mampu berdiri dengan kami di sini! Wajah penuh ceria dan semangat takda langsung muka penat or jet legged! Walhal boleh je kalau mereka kata nak masa untuk rehat kan? Logiknya mereka dah ada kat 'atas' tahap tertinggi dalam business Hai-o ni buat apa mereka nak penat-penat susah payah bagi talk kt kami kan? Tapi tak untuk mereka sebab rasa 'tanggungjawab' terhadap protege mereka sangat tebal! Sebab tu mereka tak pernah goyang kaki walaupun dah ada di kemuncak..renung-renungkanlah ;))

P/s : I was not in the pic during photoshoot session was in rushed 'baju dah basah' hahhaha overflow sebab dah lebih masa utk pam (-_-')

Saturday 15 February 2014

Susu merudum! Apa nak buat?


Hi to all breastfeeding mummy!
Well, this topic specifically written for mummies but yeah non-mummies (what on earth - non-mummies?? ) pun boleh je baca untuk hiburan.

Langit tak selalu cerah. Bila selalu sangat cerah kita cepat lupa diri..
Well..memang dah perasan kalau cuti tak follow jadual pam mesti ada drop sedikit kuantiti susunya.. Ok, fine I just shut the eyes...ignorance!

But this time.. it was a big shot for me! The milk supply was drop! Drop a lot! Too much! Too much!!
Paling terkesan bila Adam direct feeding waktu malam mengamuk-ngamuk susu tak keluar..
Felt wanna crying out loud! (teringat macam mana stressnya bila pam susu tak keluar-keluar masa berpantang dulu)

But..!! Takkan nak nangis lagi? Nangis bukan boleh buat susu jadi lagi banyak pun. So bermula perjuangan mencari ilmu - cara meningkatkan susu badan. Dalam banyak-banyak cerita satu cara yang paling terbukti ramai orang buat berkesan TAPI memerlukan kesabaran!


POWER PUMPING - that's it!!

Keep feeding the baby pun penting juga. Tapi kalau every time feeding baby ngamuk-ngamuk susu lambat keluar memang tak la dia nak hisap selalukan.. Since this week is the night shift session, I take this advantage untuk buat Power pumping (thanks a lot to my team mate yang super understanding - semua lelaki pulak tu..nasibla terpaksa juga beritahu cerita sebenar).

Masa terbaik untuk power pumping - pagi hening sebelum subuh antara 3pagi-6pagi masa tu hormon susu tengah banyak :)


NATURAL SUPPLEMENT

Sebelum ini memang ada minum Fenugreek Mama Milkmaid tea..tapi kalau selalu minum rasa nak muntah pun ada.. :P
So, I opt for another option which is much more tastier :


  1. Sup lobak putih - kena tahu cara masak yang sedap, tumis dengan bawang, halia, ikan bilis or udang kering. Silakan nikmati sup yang enak itu! 
  2. Halba - 1 sudu kecil halba cuci bersih, rendam selama 5 minit dalam air yang baru lepas mendidih, tambah sedikit madu - nyummmeaahh! much better dari Milkmaid tea..hehhehe
  3. Habbatus Sauda - ini memang amalan saya sebelum pregnant lagi. tak tahu pula makanan sunnah ni pun boleh tambah susu. Alhamdu Lillah berkat makanan sunnah + niat menyusukan baby kerana Allah ya ;)
Alhamdu Lillah! 2days for PP + makanan tambahan dah berjaya nampak perubahan. Hasil "perahan" dah naik semula macam biasa. Mak lega sangat ya anak-anak :)


Pesanan khidmat masyarakat :

PP ambil masa untuk nampak hasil mungkin 2,3 hari mungkin seminggu, hasil tak sama untuk setiap individu. So keep pumping ya! Mind setting - minda yang tenang dan positif sangat penting juga untuk penghasilan semula susu ni. Berdoa dan yakin insya Allah pasti ada hasilnya :)

Friday 7 February 2014

Arjuna Beta by Fynn Jamal - I'm touched

Almost hari-hari dengar kat office kat rumah sambil pam susu..
Terlalu menyentuh naluri seorang ibu
Ke aku je yang halus sgt perasaanya?
Entah..yang pasti susah nak dapat lagu macam ni sekarang ni
Seakan seorang ibu meninggalkan wasiat berupa pesanan..
Ye dak? 



Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tau mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda





Ke sini untuk official videonya








  

Anak kerap sakit walaupun minum susu ibu - Keep Fighting

Last few days mama bawa Adam jumpa paed di DEMC kebetulan mama dia pun nak buat check up jugak. Adam dah batuk dan selsema almost a month..

Perjumpaan dengan paed melegakan hatiku..tetapi sehingga hari ini masih kuat lagi butir-butir kata paed tersebut...

"Always bear in mind  if prolonged cough it is about allergy"

"Any family history lelah, asma?"
Yes doc..

"Kekabu, karpet, soft toys, tilam busuk, bantal busuk, habuk..pastikan your baby jauh dari benda-benda ni"

"Paru-paru baby clear..he is lucky.. he is strong because he still breastfeeding...."
Is it doc??
(Oh..rasa nak menitis air mata *_* kenapa tetiba nak menangis pula?? keep reading ok..:) )

Masya Allah..mama silap sbb selama ni duk fikir susu mama tak cukup zat sebab Adam asyik sakit je..boleh kata hampir setiap bulan mesti ada je kalau tak demam, selsema atau batuk. Tapi lepas dengar  statement doc tu terus menguatkan lagi semangat mama utk berjuang susukan hingga Adam 2 tahun..

Bila flash back 6 bulan lepas boleh kata 2, 3 kali jugak Adam pergi klinik just because of batuk & kahak yg banyak. Ubat Adam je berbotol-botol dah kat rumah. Saya yakin ibu mana yang tak risau bila tengok anak kita asik sakit even breastfeeding kan? Mesti terfikir "susu aku ni tak bagus ke..susu aku tercemar ke..susu aku takde zat ke..kata susu ibu susu terbaik tapi kenapa anak asik sakit..?"
Kan?
Konflik dalam ibu yg menyusukan anak *_*
So..my dear mummy, ibu, umi, mama...
PLEASE. .PLEASE. ..PLEASE bear in mind no other milk can replace the value of BREAST MILK!
Walaupun kita sakit kita masih boleh susukan anak kita! (Unless ada consultation dari doctor tapi kena tgk jgk doctor tu boleh 'pakai' ke tak *grinned*)

Zaman sekarang ni terlalu banyak 'racun' yang diberi kepada kita & anak kita. Apa lagi perlindungan yang kita ada yang kita nak bagi kat anak kita? Inilah..satu-satunya harta emas utk our litte one - BREAST MILK

My breastfeeding journey masih jauh..
Kalau dulu saya doa lepas solat agar diperbanyakkan susu sekarang dah ditambah "Ya Allah aku mohon agar susu ku dibanyak & dikekalkan hingga anakku 2thn. Berikan aku kekuatan & permudahkan jalanku agar aku dapat  menunaikan tuntutan syariat Mu ya Allah"

Ok..rasa sebak pulak (feeling sendiri pulak aku ni..hahaha)

Ada masalah susu kurang?
Usaha - cari ilmu, cari supplemen ( sila baca sebagai "natural supplement")
Berdoalah! Doa bahasa sendiri senang padat & ringkas. Doa seorang ibu kan mustajab??? **senyum**

P/s : Untuk semua perkara tentang penyusuan boleh join grup Kump. Ibu2 Menyusukan.Dua-dua grup kena apply nak join masuk. Boleh tinggalkan nama FB kat sini kalau admin tak approve lg ye ;)